Takrif Umrah & Haji

Hikmah dan Pelajaran dari Haji serta Umrah.

 

Pentingnyanya mengetahui kepentingan dan kedudukan setiap amal. Ilmu tentang fadhilat dan hikmah sebagai penggalak dan sumber untuk mengikhlaskan niat.

Keyakinan tentang pahala yang akan diperolehi memudahkan pengorbanan dalam sifat pembelanjaan dan mengadap ujian. Kedudukan Ka’bah disisi Allah akan bangitkan kerinduan untuk menziarahinya yang mana ia adalah rumah Allah yang teragung.

Allah telah mensyariatkan pelbagai syariat untuk hamba-hamba-Nya. Dijelaskan kepada mereka segala hukum untuk memenuhi kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam urusan keagamaan dan keduniaan mereka.

Al-Quran yang mulia telah menyatakan perkara ini sewaktu menyebutkan tentang haji yang membawa kepada wujudnya manfaat dan kepentingan bagi manusia. Firman Allah Taala:

 

ayat-umrah-2

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin”. (Al-Hajj: 28)

Ibnu Abbas r.a. berkata sewaktu mentafsirkan ayat ini:

“Ia adalah manfaat dunia dan akhirat, manfaat akhirat ialah keredhaan Allah Taala. Manfaat dunia ialah apa yang mereka perolehi iaitu unta, sembelihan dan perniagaan”.

 

Pada hakikatnya, kalau kita mahu menghuraikan lagi kata-kata Ibnu Abbas dan menghitung manfaat agama dan dunia yang telah dinyatakan oleh al-Quran, maka kita akan dapati pelbagai manfaat, antaranya:

 

Pertama :

 

Perhimpunan orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim. Oleh itu Allah Taala menjadikan kebanyakan ibadat yang disyariatkan sebagai cara untuk mewujudkan pertemuan antara mereka;

Dijadikan pertemuan yang berulang-ulang lima kali sehari di peringkat satu kampung dalam satu bandar dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang berjemaah.

Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang sekali seminggu di peringkat satu bandar, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan sembahyang Jumaat.

Dijadikan untuk mereka pertemuan lain yang berulang setahun sekali di peringkat antarabangsa, dan untuk menyusun pertemuan tersebut disyariatkan haji ke Baitullahil Haram.

 

Kedua :

 

Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti. Dalam masalah ini, perbezaan bahasa dan sempadan negara tidak memberikan kesan.

Sebaik-baik cara dan tempat untuk menghidupkan pertemuan ini ialah di 5 sekeliling Baitullah; mereka melakukan doa yang satu untuk Tuhan yang satu ke arah yang satu.

 

Ketiga :

 

Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah alMukarramah; tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk menjadi lambang kesatuan dan mengukuhkan pegangan mereka walau bagaimana jauhnya negeri mereka.


Keempat:

 

Menjadi salah satu lambang persamaan sesama muslim (orang Islam). Dengannya, pelbagai faktor yang membezakan sesama manusia dan menyebabkan mereka bermegah dalam berpakaian dan tempat tinggal tunduk melutut.

Ketika tawaf dan Saíe, orang kaya hampir tidak kelihatan dan orang fakir tidak dikenali, tuan sama dengan hamba, khadam sama dengan tuannya… dan semua berada dalam suasana limpahan rohani yang satu iaitu keinginan mendekati Allah dan memperolehi keredhaan-Nya. Inilah suasana yang cukup indah yang mengingatkan kepada permulaan manusia berada di dunia; sewaktu keluar dari perut ibu.

Semuanya dalam keadaan yang sama, tiada beza di antara mereka. Ia juga mengingatkan kepada hari akhirat; sewaktu manusia berdiri di hadapan Allah dalam keadaan berkaki ayam dan telanjang tanpa ada pangkat dan keturunan.

 

Kelima:

 

Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin (orang-orang Islam) kepada keadaan bapa-bapa mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu.

Setiap tempat ditunaikan haji mempunyai ikatan yang rapat dengan peristiwa yang mencetuskan banyak ingatan dalam diri jemaah haji. Di sisi Baitullah menjelmalah dalam pemikiran seorang mukmin Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang membina Baitullah dan menjelmalah gambaran Nabi s.a.w. sedang mencium Hajarul Aswad dan menjatuhkan berhala-berhala yang tersungkur dalam keadaan yang terhina.

Di As Safa dan Al Marwah seorang muslim mengingati Hajar a.s. yang berlari di antara keduanya untuk mencari air bagi anaknya Ismail.

 

Keenam:

 

Manfaat tambahan kepada semua ini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir di negeri itu pada musim yang mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan mereka selama setahun sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda berdoa:

 

” Wa h a i Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian z u r ia t keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya d i s is i r u m a h -Mu di Tanah Haram (Makkah). Wahai Tuhan kami, (yang d e m ik ia n ) supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati s e b a h a g ia n d a r i manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki k e p a d a mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, s e m o g a mereka bersyukur”. (I brahim: 37)

 

Ketujuh:

 

Haji adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, -nemikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan.

Mentarbiah jiwa untuk berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan supaya berada dalam keadaan suci dan muraqabah Allah.

 

Firman Allah:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat 6 mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah:197).

 

Kelapan:

 

Tinggalkan tanah air dan keluarga mengingkatkan tentang maut apabila segala ditinggalkan olek simati; ihram dan mandi untuknya meningatkat tentang mandi mayat dan kafan; tawaf keliling ka’bah saperti ibadat malaikat yang tawaf keliling árasy Allah; dalam keadaan saperti anak yang mengelilingi ibu supaya didokongnya hamba Allah mangharapkan di terima dan diredhai oleh Allah; Maqam Ibrahim mengingatkan tentang balasan bagi ketataan kepada Allah.

 

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

PAKEJ YANG DISEDIAKAN

 

  • Harga Pakej “ALL IN” termasuk cukai dan insuran perjalanan.
  • Penginapan Hotel di Makkah dan Madinah
  • Lawatan Makkah dan Madinah dengan Mutawif yang berpengalaman
  • Tiket Penerbangan MAS pergi dan balik.
  • Visa Umrah
  • Makan di Makkah – Madinah
  • Tazkirah dan Pengisian Di Tanah Suci
  • Kursus Umrah PERCUMA.
  • Ketua Rombongan:
  • Tambahan RM500 seorang untuk penginapan 2 orang sebilik & RM300 untuk 3 orang sebilik